KUALA LUMPUR : Dua pengarah eksekutif Revenue Group Bhd, iaitu Ooi Guan Hoe dan Lai Wei Keat, serta pengarah bukan eksekutif Loo Jo Anne telah meletak jawatan daripada lembaga pengarah pada Jumaat (3 Mac).
Revenue Group melaporkan peletakan jawatan Oii Guan Hoe atas sebab faktor kesihatan.Manakala Lai Wei Keat dan Loo Jo Anne yang mempunyai hubungan keluarga dengan Datuk Eddie Ng Chee Siong dilaporkan meletak jawatan atas sebab peribadi, menurut pemfailannya.
Oii Guan Hoe digelar ‘Si Tamak Yang Mengawal Wang‘ dalam laporan The CorporateSecret didedahkan terlibat bersubahat dengan salahguna kuasa pengasas RGB Datuk Eddie Ng Chee Siong.
Lai Wei Keat Pengarah Eksekutif Revenue Berhad yang juga ipar Datuk Eddie menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Eksekutif Rapidcloud yang menerima lebih RM420,000 daripada Revenue.
Datuk Eddie dan sekumpulan Mafia diketuai orang kanan Datuk Victor Chin, Leong See Wui melakukan cubaan untuk merampas RGB dengan menggunakan penguatkuasaan SPRM mengheret pengasas dua beradik iaitu Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang, yang digantung kerja pada Januari selepas beberapa aduan dibuat terhadap mereka.
Cubaan itu sebaliknya mendedahkan salah guna kuasa Datuk Eddie melibatkan perniagaan keluarga dalam RGB.
SYOR BACA Skandal Revenue Group: Victor Chin, Leong Seng Wui gagal, salah guna kuasa Eddie Ng pula terbongkar
Kumpulan itu dijadualkan mengadakan dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) bulan lepas. Bagaimanapun, kedua-dua EGM itu tidak berlaku berikutan perintah mahkamah sementara menunggu penentuan permohonan injunksi interim yang difailkan oleh kedua beradik Brian dan Dino.
EGM pertama ialah resolusi lembaga semasa untuk menyingkirkan Brian dan Dino sebagai pengarah kumpulan, manakala EGM kedua telah diminta oleh Brian dalam usaha untuk mengeluarkan lembaga pengarah semasa.
Untuk rekod Ooi, Lai, dan Loo adalah antara sembilan pengarah yang akan disingkirkan dalam EGM kedua. Enam pengarah lain ialah pengerusi Nor Azzam Abdul Jalil, Datuk Eddie Ng Chee Siong, Ng Chee Keong, Jade Lee Gaik Suan, Alwizah Al-Yafii Ahmad Kamal, dan Tham Sai Cheong.
Harga saham Revenue Group telah jatuh 41% dalam tempoh setahun ini. Pada Jumaat lalu saham itu naik 8.11% atau tiga sen kepada 40 sen, memberikan kumpulan itu modal pasaran RM190.27 juta.