
11 Jun lalu Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) yang pernah dikaitkan dengan anak Premier Sarawak telah mengumumkan beberapa perubahan besar dalam barisan pengarahnya, termasuk melantik Datuk Chong Loong Men sebagai Pengerusi Eksekutif baharu yang juga pemegang saham terbesar syarikat itu.
Dalam satu pemakluman kepada Bursa Malaysia syarikat sistem bangunan berindustri itu menyatakan bahawa pelantikan Chong berkuat kuasa serta-merta, menggantikan Datuk Seri Zaini Jass bekas Pesuruhjaya Polis Sabah yang telah meletakkan jawatan.

Selain Zaini, tiga lagi pengarah bebas bukan eksekutif — Ooi Hoot Kuang, Kang Wei Luen, dan Ng Cheng Shin — turut meletak jawatan pada Rabu atas alasan peribadi dan komitmen lain.
Lebih awal, pada 3 Jun, tiga lagi pengarah bebas bukan eksekutif — Datuk Tan Bok Koon, Mohd Naxri Mat Noor, dan Dang Nguk Ling — turut berundur daripada syarikat.
Sebagai tambahan kepada pelantikan Chong, SCIB turut mengumumkan pelantikan dua pengarah bebas bukan eksekutif baharu, iaitu Tan Li Peng dan Leow Wey Seng.
Chong, 46 tahun terkenal rapat dengan Ahli Perniagaan terkenal Datuk Kenneth Vun merupakan seorang peguam yang masih aktif dan pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara, menurut SCIB.
Pada 10 Mac lalu, Chong telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Erdasan Group (ERDASAN) (dulu AT Systematization Berhad) sebuah syarikat yang diuruskan oleh Mak Siew Wei yang kontroversi namun disingkirkan selepas melakukan penyewengan melesapkan RM46.47 juta wang syarikat
Pada hari yang sama, Chong Loong Men meletak jawatan sebagai pengarah eksekutif Advance Information Marketing Bhd (AIM), hanya seminggu selepas pelantikannya.
Dalam satu kenyataan, Chong menyatakan keterujaannya untuk memimpin SCIB dan berjanji akan membina kejayaan di atas asas kukuh yang telah dibina oleh para pengarah terdahulu.
“Dengan kepelbagaian kepakaran dan pandangan strategik daripada pengarah baharu yang dilantik, kami yakin dapat memacu pertumbuhan mampan SCIB dan memperkukuh struktur tadbir urus kami demi memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham dan pihak berkepentingan,” katanya.
Pemegang saham besar tunggal
Dalam pemakluman berasingan, SCIB menyatakan bahawa Chong Loong Men kini telah menjadi pemegang saham besar syarikat dengan pegangan sebanyak 5.8%.

Ini susulan pembelian sebanyak 40.5 juta saham daripada ahli perniagaan Datuk Keh Chuan Seng menerusi urus niaga luar pasaran pada 11 Jun. Semakan menunjukkan saham tersebut telah diniagakan pada harga 28 sen sesaham, bersamaan dengan jumlah keseluruhan RM11.35 juta.
Datuk Keh Chuan Seng merupakan pengasas Frazel Group Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan swasta yang digunakan untuk memegang saham dalam beberapa syarikat tersenarai seperti Ge-Shen, Tex Cycle, dan K Seng Seng,

Harga tersebut mencerminkan premium lebih 51% berbanding harga dagangan terakhir SCIB pada 18.5 sen pada hari yang sama.
Dengan transaksi ini, Keh keluar sepenuhnya daripada SCIB, manakala Chong akan menjadi satu-satunya pemegang saham besar dalam syarikat tersebut.
Sejak awal tahun ini, saham SCIB telah susut lebih 21%. Pada Rabu, kaunter tersebut ditutup setengah sen atau 2.6% lebih rendah pada harga 18.5 sen, menjadikan modal pasaran syarikat sebanyak RM129.4 juta.
Sejak januari 2024 semua syarikat yang pernah dikaitkan dengan anak Premier Sarawak seperti SCIB, Artroniq, APB Resources Bhd. Lembaga Pengarah syarikat-syarikat ini mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.
Dengan penguasaan Datuk Chong Loong Men menandakan satu perubahan baharu buat SCIB ke depan sebagaimana kemunculan semula Datuk Kenneth Vun dalam dunia korporat di Bursa Malaysia.