
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar akan menyertai Lembaga Pengarah IOI Corp Bhd sebagai Pengarah Bebas Kanan dan Bukan Eksekutif bermula 16 Jun 2025.
3 jun lalu Cypark Resources Bhd yang dikuasai kumpulan Jakel mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi berkuat kuasa 9 Jun 2025.
Abdul Wahid meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bursa Malaysia pada 30 April lalu.
Beliau mempunyai hubungan yang panjang dengan pengendali bursa saham itu, bermula sebagai Pengarah Bebas dari 2004 hingga 2011, sebelum kembali sebagai Pengerusi pada Mei 2020.
IOI group baru-baru ini mengumumkan memiliki keseluruhan projek pembangunan bercampur South Beach di daerah pusat perniagaan Singapura selepas membeli 50.1% pegangan daripada rakan usaha samanya, City Developments Limited (CDL) dengan nilai AS$2.1 bilion (kira-kira RM9.87 bilion).
CDL merupakan entiti hartanah utama yang dikuasai oleh keluarga Kwek Leng Beng, pemilik konglomerat Hong Leong Group dan Hong Leong Bank.