
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengesahkan ahli perniagaan terkenal ‘Dato Malik’ atau Abdul Malik Dasthigeer yang ditahan Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) julai tahun 2023 sudah membayar RM12 juta berkait siasatan kes elak cukai.
Beliau juga telah membayar RM4 juta, tambahan kepada kompaun RM8 juta dikenakan terhadapnya.
Selain kes elak cukai, ahli perniagaan itu turut disiasat atas kes lain yang didakwa berkaitan pengubahan wang haram, rasuah dan penyeludupan barangan haram pada 24 Julai 2023.
Pihak berkuasa merampas wang tunai kira-kira RM38 juta, 200kg emas kira-kira RM60 juta dan 17 kereta mewah termasuk Maserati, Ferrari serta Mercedes-Benz.

Pada 27 Julai, ‘Dato’ Malik’ itu dibebaskan dengan ikat jamin dan tidak didakwa sehingga kini. Kes pengubahan wang haram Dato’ Malik adalah antara “kes panas yang menjadi sejuk” kerana tiada perkembangan terkini.
Abdul Malik adalah pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies yang mempunyai rangkaian perniagaan antaranya Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, and Malik Streams Production & Distribution.
Beliau lebih dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk mengadakan persembahan di Malaysia selain berniagaan MS Gold bagi jualan emas miliknya.
Turut ditahan Datuk V Saravana Kumar seorang ahli perniagaan yang juga adalah seorang sayap Bersatu Negeri Sembilan bersama pemilik akhbar Nanban.

Dato’ Malik dikatakan merupakan kroni tegar Datuk M.Saravanan (MIC) bekas Menteri Sumber Manusia Kerajaan PN-BN. Saravanan dilaporkan disiasat SPRM namun penglibatannya dalam kes Dato’ Malik terus disenyapkan hingga kini walaupun semua tahu hubungan rapat Datuk M.Saravanan dan Dato’ Malik.

Sebelum in dengan rampasan lebih RM30 juta, jongkong emas dan kenderaan mewah atas pengubahan wang haram namun tiada pertuduhan semua itu melainkan hanya pengelakan cukai.
Tahun 2021 Dato’ Abdul Malik Dasthigeer pernah kontroversi mengaitkan beliau terlibat dalam pelbagai aktiviti haram dan penyeludupan dadah. Beliau menyaman RM50 juta akhbar yang menulis mengenai penglibatan beliau dalam penyeludupan termasuk dadah.
Namun hakikatnya semua tahu Dato’ Malik terlibat dengan jenayah penyeludupan, dadah dan pengubahan wang haram.
Oleh kerana Dato’ Malik dan kuncu-kuncunya kaya raya mereka mampu membayar kompaun kepada pihak berkuasa tidak mahu melalui perbicaraan di mahkamah.