
Nampaknya kroni perasuah Tan Sri Tan Sri Annuar Musa Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd muncul lagi dalam episod Menara KL yang terbaru.
Tahun 2023 Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd dan Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas dua pertuduhan termasuk menawar rasuah RM7.5 juta, kepada Datuk Tan Ser Lay (Marcus), bagi faedah Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, berhubung konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Mengikut pertuduhan, Abdul Hamid Shaikh selaku pengarah syarikat berkenaan, didakwa menawarkan RM500,000 setahun selama tempoh 15 tahun kepada Datuk Tan Ser Lay berusia 60 tahun. Ia didakwa bagi faedah Annuar sebagai dorongan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu, mempercepatkan proses pengambil alihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh Hydroshoppe.
Kesalahan didakwa dilakukan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama.
Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd pula didakwa bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan, RM500,000 bagi tempoh sama kepada individu serupa untuk faedah Annuar selaku menteri, dengan niat memperoleh perniagaan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur, di lokasi dan tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum bawah seksyen 17A(2) akta sama, membawa hukuman denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika ia idapat dinilai atau RM1 juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Sandiwara Abdul Hamid Shaikh dan Hydroshoppe
Jun lalu terdapat usaha daripada Abdul Hamid Shaikh untuk membatalkan pertuduhan atas alasan pertuduhan itu cacat selain tidak berasas kerana salah satu elemen penting bagi kesalahan di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tidak dinyatakan. Namun mahkamah menolak tuntutan itu.
Setakat hingga kini Tan Sri Annuar Musa hanya dapat dikaitkan daripada Tan Ser Lay berhubung pemberian rasuah dan hanya Marcus Tan Ser Lay dapat didakwa di mahkamah.

28 Mac lalu Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) anak syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd pengendali interim Menara KL, memfailkan tindakan undang-undang sebanyak RM1 bilion untuk menghalang pengambilalihan konsesi yang kononnya diambil secara tidak sah daripada Hydroshoppe Sdn Bhd dan MKLSB.
Alasannya hampir 30 tahun, MKLSB telah mengurus dan menyelenggara Menara KL. Ya MKLSB dulu anak syarikat TM dan memang wajar GLC mendapat tender itu sehinggalah tahun 2022 Tan Sri Annuar Musa mengarahkan TM menjual MKLSB kepada Hydroshoppe di bawah harga pasaran. Untung bersih puluhan juta setahun namun syarikat dijual dengan harga tak masuk akal RM 3.8 juta!. Jangan lupa kes ini penyebab Abdul Hamid Shaikh dan Hydroshoppe masih dibicarakan di mahkamah sekarang.
Konsesi interim tamat, Pengumuman konsesi baharu
Isu syarikat Lim Seong Hai Capital Berhad (“LSH Capital”) LSH Best Builders Sdn. Bhd. dan Service Master (M) Sdn. Bhd (Selenggara) bagi konsesi baharu selama 20 tahun bukan baru kerana telah diumumkan sejak mei 2024. Media juga telah melaporkannya. Bukan rahsia dan tiba-tiba. Mengapa Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd tidak saman kerajaan ketika itu? LSH Capital menang tender bukan runding terus! The Corporate Secret turut melaporkan LSH yang punya kaitan dengan Ekovest dan Lim Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo. Mengapa tak kait saja Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo kroni Tun Dr Mahathir?
LSH Capital dikuasai oleh Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, CEO Knusford Berhad dan Pengarah Urusan Ekovest Berhad. Cari sendiri lah siapa pemegang saham terbesar dalam Knusford Berhad! Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd ni tak sedar diri ke?
MENARA KL SDN BHD, DATUK ABDUL HAMID SHAIKH ABDUL RAZAK SHAIKH DAN HYDROSHOPPE SDN BHD HALAU PENYEWA ASIAN KITCHEN (M) SDN BHD (AKSB)
Sebelum Menara KL diambil alih oleh LSH Capital, LSH Best Builders Sdn. Bhd. dan Service Master (M) Sdn. Bhd apa Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh buat?
Pada Disember 2023 berlaku saman antara Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dengan Asian Kitchen (M) Sdn Bhd (AKSB) syarikat penyewa restoran berputar Atmosphere 360 dan Kafe 360 di Menara KL. Menggunakan mahkamah Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd menghalau Asian Kitchen (M) Sdn Bhd (AKSB).
Atas kepasiti apa dia tamatkan Asian Kitchen (M) Sdn Bhd (AKSB) jika konsesi interim telah tamat tempoh?


Pada 9 Jun 2023, AKSB memulakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap MKLSB dan meminta injunksi terhadap MKLSB untuk menghalang MKLSB namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi AKSB pada 27 Jun 2023.
Kes mahkamah ini masih belum selesai hingga kini.
Hari ini Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd dan MKLSB di HALAU oleh pemegang konsesi baharu LSH Capital, LSH Best Builders Sdn. Bhd. dan Service Master (M) Sdn. Bhd. SEMUA INI KARMA!
SEJAK BILA MKLSB, HYDROSSHOPPE SDN BHD MENDAPAT SAMBUNGAN KONSESI MENGURUS MENARA YANG BAHARU?
PENJUALAN SYARIKAT MENARA KL SDN BHD MEMBELAKANGKAN KEMENTERIAN
Sekalipun kes di dakwa di mahkamah ada sesuatu yang belum terjawab iaitu mengenai kedudukan Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd yang membeli saham syarikat konsesi milik TM iaitu Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB).
Bagaimanapun selepas Kerajaan dibubarkan Oktober 2022 TM menjual 10 juta sahamnya kepada Hydroshoppe Sdn Bhd di bawah harga pasaran. Tentunya tangan dan kuasa Tan Sri Annuar Musa Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ketika itu. Malah ada bukti ‘Minit’ Tan Sri Annuar Musa mengarahkan penjualan syarikat Menara KL kepada Hydroshoppe.


Laporan Telekom Malaysia Berhad bertarikh 31 Oktober 2022, penjualan Menara KL Sdn Bhd kepada Hydroshoppe Sdn Bhd dibuat pada harga RM3.8 juta. Harga rendah di bawah pasaran.
Di atas kertas perniagaan Menara KL bukan sesuatu yang merugikan, ia merekodkan keuntungan bersih berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun kepada Telekom Malaysia Berhad. Hanya ketika Covid-19 syarikat yang terlibat di Menara KL melalui saat sukar susulan Langkah PKP dan Darurat kerajaan.


Bagaimanapun sebelum Covid -19 pada tahun 2019 misalnya keuntungan bersih yang dicatat oleh Menara KL Sdn Bhd melalui konsesi dan hak mengurus Menara KL ialah sebanyak RM20 juta.
Pada tahun 2018, Menara KL mencatat keuntungan bersih sebanyak RM25 juta. Keuntungan pada tahun 2015 pula RM15 juta. Bermakna perniagaan di Menara KL dan Telekom Malaysia Berhad menguntungkan. Maka memindahkan 10 juta saham dengan harga RM3.8 juta kepada Syarikat kroni seperti Hydroshoppe adalah sesuatu yang tak masuk akal. Kononnya Tan Sri Annuar Musa, Tan Ser Lay dan Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh hendak berniaga untung mudah selepas Annuar Musa tidak berkuasa lagi selepas ini.


Tapi mereka lupa kelulusan Kerajaan dan UKAS hanya kepada TM selaku konsesi kepada pengendalian Menara KL yang diuruskan oleh anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd. Dalam erti kata lain syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd tidak boleh berdiri sendiri tanpa Syarikat Induknya TM yang mendapat konsesi Menara KL.
Hakikatnya syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd BUKAN lagi milik TM GLC kerajaan. Imri Mokhtar yang bersekongkol meluluskan jualan pun bukan lagi Pengarah Urusan dan Group Chief Executive.
Kementerian Komunikasi Digital dan UKAS perlu melantik syarikat konsesi baharu untuk mengurus Menara KL itu sejajar dengan pekeliling kerajaan.
Penyambungan TM sebagai konsesi Menara KL hanya bersifat interim dilaporkan hanya sehingga Disember 2022 berdasarkan keputusan makmal pengurusan nilai (VMLAB) cadangan pelanjutan konsesi kontrak Menara Kuala Lumpur mac 2021 oleh KKD sebelum ini kepada TM. Oleh kerana Syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd bukan lagi milik TM ini bermakna kontrak konsesi sebenarnya tamat secara automatik dan Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd yang memiliki Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd tidak lagi mempunyai kuasa kepada bangunan Menara KL.
Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd boleh dianggap beroperasi secara haram di Menara KL!Namun kerajaan biarkan secara budi bicara sehingga konsesi baru dilantik
Tamatnya konsesi TM sepatutnya kerajaan wajar membuka tender baharu atau RFP kepada pihak yang mempunyai kelayakan menguruskan Menara KL. Bukannya syarikat yang membeli harga murah daripada TM tanpa kelulusan Kerajaan, KKD dan UKAS. UKAS agensi kerajaan memutuskan cara terbaik menguntungkan kerajaan memandangkan aset itu kini milik kerajaan dan tidak boleh dijual tanpa kelulusan Kerajaan selain Pengerusi Jawatankuasa Aset Kerajaan (JPAK) iaitu Ketua Setiausaha Negara. Yang terjual hanya bekas anak syarikat TM tetapi aset Menara KL merupakan aset milik kerajaan tidak boleh dijual.
KUTIPAN SEWA DI MENARA KL
Fahmi Fadhil Menteri KKD dalam satu kenyataan media sebelum ini telah memaklumkan pengurusan Menara KL sedang dalam interim ketiga sehingga 31 disember 2022. Bermakna Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd sudah maklum mereka adalah interim bukan 30 tahun.

Ini bermakna Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd juga ketika didakwa di mahkamah dan bukan konsesi Menara KL sebenar tidak boleh lagi mengutip sewa di Bangunan Menara KL sepatutnya bersiap-siap menyerahkan bangunan itu kepada Kementerian Komunikasi Digital.

Hakikatnya Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd tidak mempunyai kuasa lagi atas sewaan baru atau kerjasama perniagaan di bangunan Menara KL itu termasuk segala kerjasama dengan syarikat lain seperti McDonald’s Malaysia atau apa-apa entiti.

Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd dan pengarah syarikatnya Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh sedang didakwa kes rasuah di mahkamah mereka bukan konsesi hanya pembeli anak syarikat TM Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd .
Kementerian Komunikasi sebagai pemilik bangunan dan UKAS yang mengendalikan projek penswastaan ada hak menamatkan konsesi atau telah melantik konsesi baharu. Pelantikan sebelum ini LSH Capital, LSH Best Builders Sdn. Bhd. dan Service Master (M) Sdn. Bhd sebagai konsesi baharu secara automatik menyingkirkan Hydroshoppe Sdn Bhd melainkan LSH Capital melantiknya sebagai penyewa bangunan.
Tetapi siapa mahu Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd yang juga pemilik Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd sebagai ‘PERASUAH’ mengurus aset Menara KL? Tiada siapa mahu. Maka biarkan Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd itu menyelesaikan perbicaraannya di mahkamah.
Maka saman Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd sangat tidak berasas! Kau hanya membuang semua penyewa sebelum ini dan kini kau menerima karma dibuang oleh konsesi baharu!. Jangan buat PLAY VICTIM seolah-olah kamu teraniaya kamu mendapat syarikat TM Menara KL Sdn Bhd pun cara rasuah melalui Datuk Tan Ser Lay (Marcus).
Sepatutnya Tan Sri Annuar Musa didakwa sekali bersama Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh kerana secara curang membayar rasuah RM500,000 setahun selama tempoh 15 tahun kepada Datuk Tan Ser Lay dan Tan Sri Annuar Musa!