
Menurut sumber, Tan Sri berusia 59 tahun itu ditahan oleh Pasukan Penyiasatan Jenayah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman pada petang Sabtu. Suspek mempunyai 30 tahun pengalaman dalam industri minyak dan gas serta merupakan pengerusi Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CP Energy & Services Sdn Bhd
KUALA LUMPUR (29 Mac): Polis telah menahan seorang ahli perniagaan terkenal Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia kerana didakwa menipu orang ramai sebanyak RM10 juta dengan alasan akan menyerahkan wang tersebut kepada polis untuk menyelesaikan kes pengubahan wang haram.

Menurut sumber, Tan Sri berusia 59 tahun itu ditahan oleh Pasukan Penyiasatan Jenayah AMLA Bukit Aman selepas beliau tiba di kediamannya di Jalan U-Thant pada petang Sabtu, setelah pulang dari Osaka, Jepun.
“Setakat ini, suspek telah mengumpul kira-kira RM10 juta daripada mangsa. Pada awalnya, beliau didakwa meminta RM25 juta, dengan mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak polis dan boleh membantu menyelesaikan kes mereka.
“Beliau selanjutnya mendakwa bahawa wang yang dikumpul akan diserahkan kepada polis bagi mengelakkan mangsa daripada menghadapi sebarang tindakan undang-undang atau siasatan di bawah AMLA,” kata sumber tersebut kepada Bernama.
Pihak berkuasa telah memantau aktiviti suspek, dan pasukan AMLA melancarkan operasi risikan yang membawa kepada penangkapannya pada petang Sabtu.
“Suspek yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam industri minyak dan gas dan berkhidmat sebagai pengerusi sebuah syarikat, akan dibawa ke mahkamah esok (Ahad) untuk perintah reman,” tambah sumber itu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kepada media bahawa sidang media mengenai kes ini akan diadakan tidak lama lagi.
Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon selain sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad, beliau yang juga mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri minyak dan gas, memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CP Energy & Services Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diasaskannya sejak tahun 1992.

Selain peranannya di T7 Global, Tan Sri Tan aktif dalam pelbagai organisasi. Beliau merupakan Penasihat kepada Menteri Sumber Manusia dan ahli Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP). Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Malaysia Crime Prevention Foundation dan Pengerusi Malaysian Chinese Oil & Gas Alliance Bhd
Pada 22 September 2022, T7 Global Berhad mengumumkan pelantikan anak lelakinya, Tan Kay Zhuin, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Perkembangan terkini menunjukkan bahawa Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon telah membuat perubahan dalam pegangan sahamnya di T7 Global Berhad kepada sebagai pemegang saham terbesar 13.03%

Berita penangkapan Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad pastinya akan menjatuhkan nilai saham syarikat.