Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan perkhidmatan 1BestariNet telah selesai dengan tiada pendakwaan terhadap YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, YTL Power International Berhad berkata pihaknya menerima pengesahan terbabit daripada SPRM.
“Tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap YTL Comms,” katanya.
Pada 4 Sept, SPRM telah memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Comms pada 2011.
YTL Comms adalah anak syarikat YTL Power.
Syarikat itu sebelum ini menepis tuduhan salah laku dan menjelaskan pihaknya telah diberikan projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka.
Menurutnya, tender tersebut diberikan apabila bidaan pihaknya adalah yang paling mematuhi teknikal dan efektif dari segi kos berbanding kalangan 18 pembida, menunjukkan keupayaan dan merit syarikat.
Menurutnya tuduhan salah laku itu, yang membawa kepada siasatan oleh SPRM adalah amat serius dan menjejaskan reputasi syarikat.
1BestariNet dimulakan pada 2011 ketika Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menjadi menteri pendidikan.
Keputusan SPRM itu menyelesaikan kemelut YTL sebuah syarikat tersenarai awam yang terjejas dengan spekulasi 1BestariNet.
Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group dan Dr Maszlee Malik merupakan pihak yang begitu banyak memanfaatkan isu 1BestariNet untuk menyerang YTL.
1BestariNet: Dendam Dr Maszlee Malik kepada Muhyiddin dan YTL
Dr Maszlee Malik bekas Menteri Pendidikan sebelum ini menggunakan isu 1BestariNet sebagai faktor utama membawa kepada peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020.
1BestariNet menjadi modal politk Dr Maszlee dalam pelancaran bukunya ‘Memori Bukan Memoir ‘ tahun 2021. Wal hal sangat jelas kronologi kontrak projek 1BestariNet tidak pernah ditandatangani oleh Dr Maszlee Malik ketika sebagai Menteri Pendidikan. Fasa 1 di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Fasa 2 ogos 2016 di bawah Datuk Seri Mahdzir Khaled. Menjadi persoalan Dr Maszlee tidak pernah menyerang Datuk Seri Mahdzir Khaled dalam isu 1BestariNet.