Pengasas platform e-dagang, FashionValet sekali lagi akan diambil keterangan susulan kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.
Pasangan suami isteri, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar itu dijadual hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, jam 9 pagi ini.
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka yang memasuki hari keempat itu berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
SPRM memakumkan sudah merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.
Bahagian forensik perakaunan SPRM masih menjalankan semakan terhadap semua dokumen yang diperoleh itu.
Kelmarin, SPRM menggeledah kediaman pasangan berkenaan dan menyita 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.
Malah, SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas terbabit.
Vivy dan suami tidak direman
Sudah 4 hari persoalannya mengapa SPRM tidak reman Vivy dan suaminya seperti orang lain? Kerana mereka tidak lari maka tidak perlu reman? Atau sehari sebelum pendakwaan mereka akan tidur lokap.
Vivy Yusof dan suami tidak perlu pakai baju oren kerana mereka tidak direman.
SPRM sebelum ini mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata transaksi mencurigakan itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu berdasarkan siasatan yang dijalankan setakat ini.
PERTAMA Ini sejajar dengan laporan pelbagai pihak bahawa transaksi mencurigakan pada tahun disember 2018 Fashion Valet yang menerima dana Khazanah/PNB itu membeli 30 Maple Sdn Bhd syarikat milik Vivy sendiri pada harga RM95 juta.
KEDUA , Rekod Fashion Valet sebagai sebuah syarikat yang rugi sejak 10 tahun lalu. Isunya siapa pegawai Khazanah meluluskan pelaburan kepada Vivy Yusof dan Fashion Valet? Apakah mereka yang mengajar kepada Vivy agar Fashion Valet beli syarikat sendiri 30 Maple Sdn Bhd yang juga pembekal Fashion Valet.
KETIGA pada disember 2023 siapa mengarahkan Khazanah menjual saham mereka miliki hanya dengan harga RM3.1 juta kepada Syarikat NXBT Partners Sdn Bhd milik Afzal Abdul Rahim, CEO TIME dotCom Bhd.
Khazanah pemegang saham terbesar TIME dotcom Bhd iaitu 32.34% secara langsung dan tidak langsung. Afzal Abdul Rahim dan Khazanah pemegang bersama saham dalam syarikat Pulau Kapas Ventures Sdn Bhd. Pulau Kapas Venture, Global Transit International Sdn Bhd (GTI) dan Megawisra Investment pula memegang 25% saham TIME dotcom Bhd. Apa maksudnya? ada kepentingan arahan Afzal membeli saham murah RM3.1 juta miik Khazanah. Mengapa Khazanah sanggup rugi beri kepada kroni untuk rampas pemegang saham terbesar Fashion Valet? SPRM perlu siasat mengapa Khazanah jual dan mengapa Afzal beli jika tahu Fashion Valet syarikat yang rugi?
Jadi jangan siasat Vivy saja tetapi pegawai Khazanah dan juga Afzal Rahim kroni Khazanah yang beli saham Fashion Valet dengan harga murah RM3.1 juta.