Siapa tak kenal Datasonic Group Berhad? Datasonic Group Berhad merupakan sebuah syarikat teknologi terkenal dalam menyediakan penyelesaian berasaskan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) khususnya dalam bidang keselamatan digital dan pengenalan. Syarikat ini terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran kad identiti pintar (MyKad), pasport biometrik, kad pengenalan bank, serta pelbagai jenis dokumen keselamatan.
Antara projek utama yang dikendalikan oleh Datasonic Group Berhad ialah pembekalan komponen MyKad kepada kerajaan Malaysia, serta penyelesaian sistem pengurusan imigresen dan pasport. Mereka juga menawarkan perkhidmatan berkenaan teknologi biometrik dan keselamatan digital seperti enkripsi dan autentikasi data, yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan data peribadi dan transaksi dalam pelbagai sektor.
Syarikat ini sering bekerjasama dengan agensi kerajaan, terutamanya dalam bidang pengenalan nasional dan keselamatan sempadan.
DATASONIC: SYARIKAT UNTUNG JADI REBUTAN
Datasonic Group Berhad mencatatkan pendapatan tertinggi sepanjang masa pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (FY24) sebanyak RM368.3 juta, peningkatan sebanyak 6.8% dipacu permintaan kukuh untuk pasport, kad pengenalan, perkhidmatan peribadi kad kewangan serta kecekapan kos operasi. Pada masa sama, kumpulan itu mencatatkan untung bersih sebanyak RM92.3 juta, lonjakan sebanyak 20.8% berbanding tahun sebelumnya.
Bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2024 (4QFY24), kumpulan itu mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 10.3% kepada RM115.7 juta berbanding RM104.9 juta bagi suku sama tahun lalu manakala untung bersih bagi suku berkenaan melonjak lebih 70% kepada RM38.6 juta mengatasi RM22.7 juta pada tahun sebelumnya.
Bagi suku pertama tahun kewangan 2025 (1QFY25). Keuntungan bersih (PATAMI) teras mereka meningkat sebanyak 48% tahun ke tahun (YoY), mencapai RM27.1 juta. Prestasi ini didorong oleh peningkatan kecekapan operasi serta kadar cukai berkesan yang lebih rendah, yang menyumbang kepada keuntungan yang lebih besar. Pendapatan mereka turut naik sebanyak 7% YoY, disokong oleh jualan kukuh dalam segmen teras seperti kad pintar, pasport, dan perkhidmatan personalisasi. Kontrak demi kontrak dianugerahkan kepada Datasonic
Maka tidak hairanlah setiap kerajaan yang berkuasa melihat pencapaian menakjubkan Datasonic dalam industri pembuatan pasport, kad pengenalan dan perkhidmatan peribadi kad kewangan. Kejayaan ini dicemburui dan terdapat pelbagai berusaha menguasai Datasonic.
Siasatan SPRM dan pertukaran Lembaga Pengarah silih berganti. Begitulah yang berlaku disetiap pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri. Syarikat ini menjadi sasaran ‘kartel’.
Laporan Tahunan Datasonic Group Berhad tahun 2023 menunjukkan Urusharta memiliki pegangan sebanyak 8.77% atau 248 juta saham di dalam Datasonic merupakan saham kerajaan terbesar dalam syarikat itu. Kedudukan lebih kurang sama sehingga Mad 2024.
Abu Hanifah Noordin yang juga pemilik dan pengasas kumpulan memiliki pegangan terbesar individu dengan 8.22% atau 231,308,100. 25,198,100 sahamnya telah dipindahkan kepada isterinya Datin Popi Riandani Binti Dody Muchtar pada 9 Oktober 2023.
Dua lagi entiti syarikat iaitu Demi Mekar Sdn. Bhd. merupakan antara pemegang saham terbesar dengan 6.07% pegangan (171 juta saham) selain Kuantum Juang Sdn. Bhd menerusi 6% pegangan atau 170 juta saham. Semua saham ini atas nama DATO SAFIAN BIN MOHD YUNUS. Sejak awal Mei Dato’ Safian mula melupuskan saham-sahamnya dan dilihat Datasonic membeli semua saham-saham itu.
Pada masa sama seorang lagi pengasas Datasonic, Chew Ben Ben memiliki pegangan 5.38% terhadap kumpulan itu atau 152 juta saham manakala pengarah eksekutif kumpulan itu, Chew Chi Hong memiliki 118 juta atau 4.18% pegangan.
Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘Abah Cow’ sebagai Perdana Menteri 8 beliau menghantar budaknya Dato’ Razali Mohd Yusof untuk merampas Datasonic. Pelbagai perkara dilakukan oleh Dato’ Razali Mohd Yusof. Bagaimanapun usaha itu gagal. Beliau juga pernah dilantik Muhyiddin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas bagi tujuan menguasai Petronas. Razali tidaklah sepandai mana dalam ekonomi tetapi menggunakan kedudukannya sebagai saudara dan budak Tan Sri Muhyiddin untuk berkuasa dalam pelbagai syarikat.
KONTROVERSI DATASONIC
Sekalipun Urusharta Jamaah Sdn. Bhd, sebuah syarikat pemilikan pelaburan dan pengurusan aset yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) menjadi antara pemegang saham terbesar Datasonic iaitu 8.77% atau 248 juta saham namun pelupusan beberapa sahamnya telah mengurangkan pegangannya sedikit demi sedikit.
Ramai juga melihat Urusharta Jamaah Sdn. Bhd sebagai pemegang saham terbesar hanya di atas kertas kerana pemain sebenar ialah Chew Ben Ben dan Abu Hanifah Noordin.
USJ membeli kepentingan Datasonic bukan baharu. Pada tahun 2021 UJS merupakan pemegang saham ketiga terbesar ketika itu 9.29%. Chew Ben Ben pemegang saham terbesar dalam 19.32% disusuli Datuk Razali Yusof dalam 16.77% (saham yang diperoolehi dari tekanan Tan Sri Muhyiddin).
Ketika kerajaan PH.01 memerintah Chew Ben Ben (Timbalan Pengarah Urusan) dan Datuk Hanifah (Pengarah Urusan) menjadi saksi kes perbicaraan Datuk Seri Zahid Hamidi bagi pemberian derma politik RM6 juta daripada Datasonic mereka terpaksa meletak jawatan dan melupuskan saham bagi menyelamatkan Datasonic.
POLEMIK BAHARU DALAM DATASONIC
Chew Ben Ben dan proksinya masih menjadi pemegang saham namun kembalinya Datuk Hanifah Noordin dalam Datasonic sebagai Timbalan Pengerusi eksekutif Datasonic telah menstruktur syarikat itu. Menambahkan kepentingan saham, merombak pengurusan baharu (membuang orang Chew Ben Ben), dan menukar setiausaha syarikat menunjukkan Datuk Hanifah Noordin mahu menyingkirkan penguasaan Chew Ben Ben.
MAFIA KORPORAT MAHU AMBIL ALIH DATASONIC
Apa sudah jadi? Datuk Hanifah Noordin memberi “Notis Orang yang Berhenti” sejak 19 jun 2024. Beliau juga telah meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Datasonic pada 29 Februari 2024. Bagaimanapun sejak 22 Ogos 2024 Hanifah membeli semula saham-saham Datasonic sehingga 3 September lalu menjadikan jumlah sahamnya kini 8.34% atau 232,317,100 saham. Dalam tempoh itu pada 22 Ogos beliau dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi.
Datuk Hanifah Noordin dilihat cuba menstruktur Datasonic dengan membawa orang luar terkait Mafia korporat untuk menguasai Datasonic. Langkah pertama menyingkirkan COO Datasonic Group CHEW CHI HONG daripada Pengarah Eksekutif. Beliau dilantik Pengarah Eksekutif sejak 14 September 2022 hinggalah 27 September 2024. Begitu juga Mr Chia Kok Khuang sejak 2 oktober lalu.
Datasonic turut melantik Ms. Jorrine Ang (Ang Pei Gaik) sebagai Ketua Pegawai Strategi bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan strategi perniagaan sesebuah organisasi. Jorrine Ang merupakan bekas Ketua Pengawai Kewangan Tejari Technologies Bhd yang dikuasai oleh mafia korporat Victor Chin Boon Long. Tejari membeli kepentingan PC3 Technology Sdn Bhd dan Essential Action Sdn Bhd milik Victor Chin di Plaza Low Yat tahun 2010 dengan nilai RM9.28 juta. Tejari bertukar nama sebanyak 5 kali iaitu 1Utopia Berhad, Sterling Progres Bhd, Macpie Bhd dan kini XOX Network Bhd di bawah Kenneth Vun@ Vun Yun Lun. Semua syarikat mafia korporat ini telah didedahkan sebelum ini melalui Victor Chin Boon Long dan Kenneth Vun.
Maka apa tujuan Jorrine Ang dilantik? tujuannya mengubah Datasonic Group dari dalam. Jorrine perlu mengetahui maklumat dalam Datasonic ini. Kemahirannya dalam kewangan menggoreng saham-saham syarikat Victor Chin sangat diperlukan.
Abu Hanifah pula perlu melakukan ‘cash cow’ dari Datasonic atau apa jua untuk manipulasi saham Datasonic maka beliau dilaporkan berunding dengan mafia korporat.
Datasonic syarikat penting negara bagi pengeluaran, pengedaran kad identiti pintar (MyKad), pasport biometrik, kad pengenalan bank, serta pelbagai jenis dokumen keselamatan. Jika mafia korporat menguasai syarikat ini maka satu bonus buat mereka. Keselamatan negara dalam tangan mereka.
Tugas penting ialah menguasai saham-saham syarikat maka setiausaha syarikat dan ‘registrar’ syarikat perlu ditukar untuk merancang semua ini. Maka Tan Tong Lang antara Setiausaha Syarikat yang banyak menguruskan syarikat-syarikat mafia korporat dilantik bermula 30 September 2024 bersama rakannya Symphony Corporate Service Sdn Bhd. Jual anak syarikat atau beli anak syarikat milik mafia korporat semua ini tidak akan berlaku jika tidak menukar setiausaha dan ‘registrar’ syarikat..
SIAPA TAN TONG LANG SETIAUSAHA MAFIA KORPORAT?
Setiausaha syarikat dikendalikan oleh Tan Tong Lang pernah menguruskan hampir 100 Setiausaha Syarikat untuk syarikat senarai awam melibatkan mafia korporat. Biasanya menggunakan syarikat Boardromm.com Sdn Bhd dan Aldpro Corporate Service Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini merupakan anak syarikat ALDRICH RESOURCES BERHAD.
Antara syarikat Mafia Korporat yang diurus Tan Tong Lang ialah;
KONTROVERSI TAN TONG LONG
Ketika desas desus untuk menyenaraikan Elsa Energy Sdn Bhd sebuah syarikat perkhidmatan tenaga bersepadu, kejuruteraan geosains dan penyelesaian digital di Pasaran ACE Bursa Malaysia didapati di belakangnya ialah Peguam Scammer Kington Tong Kum Loong, Datuk Tan Choon Peow atau Datuk Bill Tan pengasas M&A Securities Sdn Bhd (SYF Resources Berhad). Setiausaha syarikat yang bertanggungjawab ialah Tan Tong Long. Namun sehingga kini syarikat ini gagal disenaraikan.
TAN TONG LANG- PENGARAH BUKAN BEBAS SELSOL BERHAD
MILIK MAFIA KORPORAT KENNETH VUN
Tan Tong Lang adalah setiausaha syarikat SELSOL milik Kenneth. Malah atas jasanya Tan Tong Lang dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas kepada SELSOL Bhd sejak 23 ogos 2023. Kenneth Vun bukan ahli korporat biasa. Beliau menguasai banyak syarikat sekalipun diserbu Suruhanjaya Sekuriti beliau terus kebal hingga kini.
TAN TONG LANG: REVENUE GROUP, HONG SENG CONSOLIDATED ‘CUCI WANG’
Banyak isu disekitar syarikat mafia korporat Tan Tong Lang setiausaha syarikat. Rampasan Classita Holdings, penguasaan Green Packet, Hong Seng beli Classita Holdings dan paling biadap rampasan Revenue Group dari dua beradik menggunakan penguatkuasa dan mengheret kes ke mahkamah. Pada Mac 2023 Victor Chin menggunakan Green Packet bawah Leong See Wui, bekas pegawai SC dan BNM merampas Revenue Group. Dalam kes mahkamah setiausaha syarikat Tan Tong Lang iaitu THIEN LEE MEE terlibat dalang menipu keterangan saksi.
Hong Seng ahlong terbesar mafia korporat yang dikuasai Victor Chin tidak pernah berhenti untuk cash cow, cuci duit dan goreng saham-saham syarikat sebagaimana mereka lakukan terhadap Classita Holdings dan Revenue Group.
Paling teruk Victor Chin dan budak-budaknya melalui Hong Seng Consolidated menjual anak syarikatnya Innov8tif Holdings Sdn Bhd kepada Revenue Group. Hong Seng membeli 51% pegangan dalam Innov8tif Holdings Sdn Bhd pada januari 2023 namun pada mac 2023 menjual kepada Revenue Group dengan harga RM36 juta!
Hari ini Innov8tif Holdings Sdn Bhd menjadi beban kepada Revenue Group kerana tidak mendatangkan pulangan dari segi kepakaran untuk Revenue Group. Revenue Group tidak memerlukan Innov8tif Holdings Sdn Bhd.
Apa Mafia korporat seperti Victor Chin Boon Long perlu lakukan? maka disinilah mereka mahukan Datasonic Group Berhad. Memasukkan Jorrine Ang bekas CFO syarikat Victor Chin dan menukar setiausaha syarikat kepada Tan Tong Lang.
JUAL INNOV8TIF HOLDINGS SDN BHD KEPADA DATASONIC GROUP BERHAD
Abu Hanifah dan rakan mafia korporatnya mahu segera mendapatkan wang tunai. Revenue Group dilaporkan mahu menjual Innov8tif Holdings Sdn Bhd dengan kos melampau. Ia satu cara transfer pricing untuk ‘markup’ Innov8tif Holdings.
Bagaimanapun pemegang saham kerajaan terbesar dari Urus Harta Jemaah (UJ) tidak begitu setuju dan menegaskan Datasonic perlu menjalankan due diligence sebelum membentangkan kepada lembaga untuk kelulusan bagi pengambilalihan 51% saham Innov8tif Holdings Sdn Bhd, yang merangkumi 717,570 saham, dengan harga RM40 juta atau kira-kira RM55.47 sesaham, daripada Revenue Berhad.
Tan Tong Lang, juga bertugas sebagai setiausaha syarikat untuk Revenue Berhad memainkan peranannya untuk menjual Innov8tif Holdings.
Selepas pengumuman mengenai pembelian 51% ekuiti Innov8tif Holdings oleh Revenue yang melibatkan 717,570 saham dengan harga RM36 juta (kira-kira RM50.17 sesaham), ia menjadi perhatian bahawa Innov8tif mempunyai rekod kewangan yang lemah dan menawarkan penyelesaian e-KYC, satu teknologi yang sudah biasa dalam industri.
Selepas pengumuman ini, harga saham Revenue jatuh lebih daripada 50%, daripada sekitar 31 sen pada 12 Mei 2023 kepada 14.5 sen kini, dalam tempoh kurang daripada 1.5 tahun!
Secara logik, jika pengambilalihan 51% ekuiti dalam Innov8tif Holdings memberi manfaat kepada Revenue, mengapa pengurus dana atau pemegang saham utama Revenue tidak merebut peluang untuk membeli saham Revenue?
Mengapa pengurusan tertinggi Revenue nampaknya mahu segera ‘menyerahkan beban ini’ kepada Datasonic cuba menjual dengan keuntungan untuk menyelamatkan diri mereka?
Terdengar juga khabar bahawa mafia korporat cuba mencari jalan untuk memintas lembaga pengarah dan membuat resolusi bagi memberi kelulusan umum kepada Datuk Abu Hanifah untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P).
MOF melalui Urus Harta Jemaah (UJ) mesti menentang pembelian Innov8tif Holdings Sdn Bhd dari mafia korporat Revenue Group yang tidak menguntungkan. apa asas Innov8tif Holdings Sdn Bhd dijual dengan harga RM40 juta? Siapa yang untung? Abu Hanifah dan Victor Chin Boon Long. Jika ini berjaya tidak mustahi anak syarikat Datasonic akan dijual atau sebaliknya termasuk menjual Revenue Group kepada Datasonic. Classita Holdings boleh dijual kepada Hong Seng Consolidated tidak mustahil Revenue Group atau Datasonic dimiliki Mafia korporat.
Jika ini berlaku habislah kerajaan projek kad identiti pintar (MyKad), pasport biometrik, kad pengenalan bank dan pelbagai lagi jatuh ke tangan mafia korporat dikuasai Victor Chin Boon Long.
Victor Chin Boon Long yang dulu di belakang tabir kini muncul sebagai Pengarah Eksekutif dalam MMAG Holdings Bhd. Mengapa? semuanya mahu menyakau apa saja depan mata