Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 13 Oktober lalu mengumumkan menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan ‘safehouse’ milik Datuk Seri Azmin Ali bekas Menteri Besar Selangor dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta.
Operasi itu dilakukan SPRM susulan siasatan skandal rasuah jutaan ringgit membabitkan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkaitan konsesi perlombongan pasir dilakukan anak syarikat MBI, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)
Pangsapuri di Kuala Lumpur itu menjadi tempat penyimpanan wang hasil rasuah Azmin Ali sejak sekian lama untuk kegunaan politik Azmin Ali
SPRM dikatakan menemui sejumlah mata wang Singapura SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta selepas menggeledah rumah berkenaan.
“Dalam siasatan terhadap skandal itu, SPRM menahan seorang suspek dan hasil siasatan mendapati terdapat sebuah pangsapuri disewa di ibu negara yang didakwa dijadikan ‘safehouse’.
“SPRM melakukan operasi geledah dan menemui wang Singapura bernilai SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta yang dipercayai disimpan untuk kegunaan ahli politik terbabit bagi aktiviti tertentu,” kata sumber
Sumber memaklumkan dua individu kepercayaan Azmin Ali, Muhammad Gaddafi Kamal dan Soffan Affendi Aminuddin bekas COO Kumpulan Menteri Besar Selangor (MBI) (Pemerbadanan) ditahan SPRM.
Sumber berkata, syarikat berkait kroni Azmin Ali itu memohon konsesi daripada MBI lebih lima tahun lalu dan siasatan kes rasuah pernah dibuka mengenainya termasuk tangkapan anak saudara Azmin bernama Aboy projek pasir tahun 2017.
SPRM sudah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu, syarikat dan pihak-pihak lain
SPRM ketika ini juga sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu dalam kes berkenaan mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengulas penemuan wang tunai di ‘safehouse’ berkenaan mengesahkan seorang bekas eksekutif kanan di MBI iaitu Soffan Affendi Aminuddin antara dua individu yang ditahan SPRM beberapa hari lalu, bagi membantu siasatan kes itu.
Siapa Soffan Affendi Aminuddin?
Siasatan kes rasuah terhadap Soffan Affendi Aminuddin bekas Group COO MBI kesayangan Azmin Ali bukan baru. Banyak kontroversi di Selangor ketika Azmin menjadi MB melibatkan Soffan Affendi seperti isu syarikat Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) tahun 2015, skandal Unisel, projek pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), projek pembersihan KDEB, dan tangkapan anak saudara Azmin tahun 2017. Blog-blog sebelum ini banyak melaporkan mengenai individu bernama Soffan Affendi ini.
Terbaru SPRM menggeledah dua lagi lokasi didakwa dijadikan safe house oleh Azmin Ali berkaitan perkara sama projek konsesi perlombongan pasir KSSB.
Dua safe house itu menemui SG$74,000 (RM243,000) dan RM78,000. Terdapat maklumat juga wang dibuat pelaburan di Singapura mungkin bernilai jutaan ringgit.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah dua lagi lokasi didakwa dijadikan safe house oleh Datuk Seri Azmin Ali
SPRM memaklumkan jumlah suspek ditahan sehingga kini empat, membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita.
Mungkinkah kes Aboy anak saudara Azmin dibuka semula?
Tahun 2017 ‘Aboy’ atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak saudara Azmin Ali direman SPRM kerana kes rasuah konsesi pasir KSSB. Aboy dilaporkan seorang penganggur dan orang tengah ‘brooker’ projek. Semakan dilaman sosial Aboy sering menunjuk-nunjuk gambar-gambar kenderaan mewah, sentiasa mengikuti Azmin (Mesyuarat rasmi atau tidak rasmi) percutian mewah serta gaya hidup mewahnya dalam laman sosial
Mengapa kes Aboy projek Pasir senyap?
Kes Aboy, Soffan Affendi, MBI dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) saling berkaitan antara satu sama lain bagi projek pasir. Namun mengapa kes itu senyap sunyi pada tahun 2018? Kecoh dipenghujung disember 2017 dan kemudiannya pada tahun 2018 sebelum dan selepas PRU2018 kes itu seakan-akan ditutup (NFA) dan misteri hingga sekarang. Ia melibatkan COO MBI yang sama, ABOY anak saudara dan beberapa kroni Azmin Ali.
Rekod keterangan yang dikumpul menunjukkan ABOY memang terlibat rasuah bersama dengan kontraktor KSSB bawah MBI itu tetapi tidak pernah didakwa hingga kini. Mengapa kes Azmin Ali ini muncul sekarang?
Maklumat yang diperolehi kes pasir KSSB, MBI dan anak saudara Azmin pegawai menyiasatnya ketika itu ialah Norhaizam Muhammad Aka BUYAU (dulu Timbalan Pengarah Siasatan Sektor Swasta) kini Pengarah AMLA baharu memangku tugas Zamri Zainal Abidin (dilempar di BOK) tiba-tiba senyap sehingga hari ini dan muncul semula kisah Datuk Seri Azmin Ali di rumah ‘safe house’ miliknya. Apa strategi baharu Buyau sebenarnya?
Tan Sri Azam Baki membuka kes ini kerana nampak sesuatu yang tersembunyi sejak penghujung 2017?Safehouse 1, 2 dan 3 telah digeledah apakah safehouse ABOY juga digeledah?