Semalam media melaporkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melupuskan semua sahamnya namun hari ini Media Prima Berhad menjelaskan bahawa Aurora Mulia Sdn. Bhd. (AMSB), syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih lagi pemegang saham terbesar dengan pegangan 353.82 juta saham atau 31.90 peratus dalam syarikat media tersebut.
Syed Mokhtar masih sebagai kepentingan tidak langsung dalam kumpulan itu berdasarkan pegangan sahamnya dalam Aurora Mulia.
Media Prima menjelaskan pemberhentian Sutera Bakti Sdn. Bhd. (SBSB), Tradewinds Group (M) Sdn. Bhd. (TGM) dan Restu Jernih Sdn. Bhd. (RJSB) sebagai pemegang saham besar tidak langsung melalui kepentingan di bawah Seksyen 8 Akta Syarikat, 2016 Auro Mulia. Dalam erti kata lain saham 3 syarikat itu dipindahkan ke Aurora Mulia.
“Pengumuman itu malangnya disalahertikan dengan memberi bayangan Aurora Mulia dan Syed Mokhtar tidak lagi menjadi pemegang saham utama syarikat.
“Syarikat ingin memaklumkan bahawa melalui surat bertarikh yang sama yang diterima oleh syarikat, AMSB telah mengesahkan bahawa ia masih memegang kepentingan langsung sebanyak 353.82 juta saham yang mewakili 31.90 peratus dalam syarikat itu.
“Syed Mokhtar memegang kepentingan tidak langsung dalam syarikat berdasarkan pegangan sahamnya dalam AMSB,” katanya.
Media Prima juga menegaskan bahawa penjelasan ini bertujuan untuk memastikan ketelusan sepenuhnya dan menangani sebarang kemungkinan salah faham yang timbul daripada pengumuman syarikat kepada Bursa Malaysia pada 7 Oktober 2024.
Penjelasan itu dibuat dengan merujuk kepada tiga pengumuman yang dikeluarkan oleh syarikat kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) pada 7 Oktober 2024 berkaitan dengan Notis Berhenti Menjadi Pemegang Saham Substansial Mengikut Seksyen 139 Akta Syarikat 2016.
The Corporate Secret semalam turut melaporkan pelupusan saham 3 syarikat itu tanpa melihat kedudukan Aurora Mulia dalam pengumuman Bursa Malaysia.
Bulan lalu, Media Prima menyaksikan kemunculan pemegang saham besar baharu, Leasing Corp Sdn Bhd, melalui pengambilalihan 5.53% kepentingan. Leasing Corp dimiliki oleh Sisma Vest Sdn Bhd, yang pengerusinya ialah Datin Mariam Prudence Yusof merupakan juga pemegang saham utama dalam KUB Malaysia Bhd (17.97%).
JAG Capital merupakan syarikat pelaburan Datuk Seri Johari Abdul Ghani Menteri Perladangan dan Komoditi sekarang dengan memegang 25% kepentingan dalam Media Prima. Di KUB JAG Capital Holdings Bhd kini menguasai 62.87%. Johari dan Mariam adalah Lembaga Pengarah bersama dalam C.I. HOLDINGS BHD sebelum ini yang masing-masing menguasai saham terbesar 32.96% dan 21.20%
Morgan Stanley & Co masih menguasai 10.18% kepentingan dalam Media Prima.
Dalam erti kata gabungan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan ‘team’ Datuk Seri Johari Abdul Ghani terus mengukuhkan Media Prima.
Media Prima catat keuntungan
Mei lalu Media Prima Bhd merekodkan hasil sebanyak RM650.9 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2024 meskipun berdepan dengan rasionalisasi perbelanjaan oleh beberapa pengiklan utama ekoran persekitaran ekonomi yang mencabar dan kesan ketidakpastian geopolitik.
Kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia itu mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM27.9 juta bagi tempoh sembilan bulan berkenaan hasil daripada peningkatan kecekapan operasi, pengoptimuman kos dan peningkatan pendapatan operasi lain.
Bagi suku ketiga tahun kewangan 2024 pula, Media Prima mencatatkan hasil sebanyak RM213.2 juta dan PAT sebanyak RM1.9 juta.
Media Prima terus mengekalkan dominasinya di dalam segmen penyiaran, terutamanya dengan Hot FM yang telah mengekalkan kedudukannya sebagai Jenama Radio Komersial Berbahasa Melayu terunggul negara dengan lebih