Syarikat mafia korporat MMAG Holdings Bhd (MMAG) yang kuasai Datuk Victor Chin Boon Long mengumumkan, syarikat itu telah diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Panduan 3 (GN3).
Pengumuman itu dibuat selepas juruaudit luar, Grant Thornton Malaysia PLT, mengesan ketidakpastian material dalam penyata kewangan teraudit syarikat untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2023 (FY2023), yang boleh menjejaskan keupayaan syarikat untuk terus beroperasi.
Juruaudit juga menekankan, ekuiti pemegang saham syarikat secara konsolidasi adalah 50 peratus atau kurang daripada modal saham yang diterbitkan, yang dikira berdasarkan hasil kewangan tidak diaudit pada 30 Jun 2024.
Status GN3 merujuk kepada syarikat yang menghadapi masalah kewangan yang tersenarai di Pasaran ACE. Di Pasaran Utama Bursa Malaysia, syarikat yang serupa diklasifikasikan sebagai Nota Amalan 17 (PN17).
MMAG Holdings Bhd sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh Madam Chan Swee Ying isteri Chin Boon Long. Seperti yang didedahkan sebelum ini siapa Datuk Victor Chin Boon Long dan pasukannya, Ketua Mafia Korporat ini jarang muncul dalam syarikat dikuasainya seperti Classita Holdings, Hong Seng, Green Packet (Kini dijual) Revenue Group, Harvest Miracle, CSH Alliance Berhad dan beberapa syarikat lagi.
Modus operansdi Victor Chin Boon Long tidak jauh berbeza seperti mana mereka merampas Caely Bhd (Kini Classita Holdings)menggunakan syarikat dalam kawalan mereka menguasai saham syarikat awam. Biasanya mereka akan menggunakan penguatkuasa untuk menyingkirkan pengasas atau lembaga pengarah syarikat sebelum digantikan dengan pengarah baru yang dikawal mereka.
BACA ARTIKEL
Namun tidak seperti MMAG Holdings Berhad yang digerakkan ketika merampas M Jets International Sdn Bhd (MJets) menjadi anak syarikat MMAG daripada pengasasnya M. Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming februari tahun 2023. Syarikat ini seakan menjadi kesayangan Victor Chin Boon Loong sehingga beliau terpaksa kembali menjadi Pengarah Eksekutif selepas meninggalkan MMAG Holdings tahun 2015. Chin Boon Long pernah menjadi Pengerusi dan Pengarah Urusan syarikat ini sejak tahun 2012.
Maka pada 2 januari 2024 Chin Boon Long kembali sebagai Pengarah Eksekutif dan juga pemeganng saham terbesar dalam MMAG dalam 25.5%. Semuanya kerana syarikat Mjets International yang dirampasnya mahu dijadikan perniagaan yang menguntungkan. Namun percaturannya salah. Syarikat itu menjadi beban besar kepada MMAG Holdings dengan kerugian demi kerugian puluhan juta yang menjejaskan syarikat MMAG.
Begitu banyak drama saman-menyaman, laporan polis, pemecatan dan campur tangan penguatkuasa SPRM syarikat itu terus mencatatkan kerugian besar. Sekalipun Chin Boon Long menggunakan Tan Sri Mohd Khairul Adib bekas KSU MOT sebagai Pengerusi MMAG dan dijadikan pemegang saham Classita Holdings dan Hong Seng Consolidated bekas KSU itu kekal tidak menguntungkan MMAG. Begitu juga Dato’ Sok One A/L Esen (Bekas Pegawai Kanan Siasatan SPRM) – Pengarah Profilic Group Sdn Bhd budak Dato’ Sri Lim Kok Han (Dato’ Teleng’) dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MMAG Holdings Berhad hanya membebankan syarikat itu.
MMAG syarikat rugi
Sejak suku ketiga dan keempat tahun 2023 MMAG sudah mengalami kerugian. Kerugian bahagian Penghantaran Udara sahaja sebanyak RM31.3 juta pada Suku Keempat.
Victor Chin terlalu sayangkan M Jets dan sanggup memimpin usaha pembaharuan M Jets selepas dirampas. Semua keputusan diambil secara eksklusif oleh Victor Chin. Pembaharuan gudang, pemindahan pejabat operasi, pembaharuan asrama pekerja asing, keputusan tentang peralatan yang perlu dibeli, gaji pekerja asing, dan banyak lagi.
Perkhidmatan Kurier dan Logistik telah mencatatkan kerugian bawah kendalian Victor Chin. Untuk tahun berakhir pada 31/03/2023, ia mencatatkan kerugian sebanyak RM45,599,000 yang lebih tinggi daripada segmen penghantaran udara.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (FY2024), MMAG terus mengalami kerugian terutamanya disebabkan kos operasi yang lebih tinggi dalam segmen pengangkutan udaranya. Kerugian bersih kumpulan untuk tempoh 12 bulan meningkat kepada RM109.16 juta berbanding RM73.83 juta setahun sebelumnya.
Kunci kira-kiranya pada 31 Mac 2024 menunjukkan rizab negatif RM217.6 juta, berbanding RM170.29 juta 2023. Mengapa Victor Chin rugi besar tetapi terus mempertahankan perniagaan jet ini?
Semuanya demi ‘mencuci’ wang haramnya. Victor Chin seakan tidak kisah kepada kerugian MJets dan MMAG.
Sebenarnya apa yang dialami oleh MYAirline sedang menimpa M Jets International Sdn. Bhd. MYAirline lahir dari Dato’ Allan Goh ‘pencuci’ wang haram syarikat i-Serve online Mall yang kontroversi manakala M Jets International dari Datuk Victor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat yang merampas syarikat itu menggunakan MMAG Holdings Berhad. MJets-Kargo Xpress jelas sebuah syarkat tempat pengubahan wang haram malah banyak syarat dalam MAVCOM dan CAAM dari segi pemilikan saham untuk syarikat penerbangan dilanggar namun syarikat itu masih dibenarkan beroperasi. Suatu masa pasti akan menjadi seperti MYAirline.
Jika dahulu Pemegang saham utama tunggal MMAG ialah isterinya Madam Chan Swee Ying, yang memegang 25.49% kepentingan dan dibantu Kenny Kho Chuan Wah orang kesayangannya namun kini beliau sendiri menggerakkan MMAG Holdings bukan setakat M Jets International.
Maka tidak menghairankan jika Juruaudit MMAG, Grant Thornton Malaysia PLT, mengesan masalah kerugian syarikat tersebut dan tidak mahu mengubah apa-apa laporannya. Grant Thornton pernah kontroversi apabila pengerusinya GTC Malaysia, Datuk C R Narendrakumar didakwa di dua Mahkamah Sesyen tahun 2022 dengan lapan pertuduhan pecah amanah wang deposit syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar berhubung penjualan Sabah Forest Industries (SFI) Sudah tentu GTC sangat berhati-hati sebarang keputusan mengenai MMAG.
Pada 14hb Ogos 2023 MMAG membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia menurut Peraturan 9.19(38) Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad, Lembaga Pengarah MMAG ingin mengumumkan bahawa juruaudit luar Syarikat, Tetuan Grant Thornton Malaysia PLT, telah menyertakan penyata ketidakpastian penting yang berkaitan dengan perjalanan MMAG. Kebimbangan dalam Laporan Juruaudit Bebasnya bertarikh 31 Julai 2023, berkenaan dengan penyata kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.
Menurut Tetuan Grant Thornton Malaysia PLT, merujuk kepada Nota 2 kepada Penyata Kewangan yang menunjukkan bahawa MMAG mengalami kerugian bersih sebanyak RM89,392,204 pada tahun kewangan dan pada 31 Mac 2023, jumlah liabiliti semasa MMAG melebihi jumlah aset semasanya sebanyak RM56,863,285. Peristiwa atau keadaan ini menunjukkan wujudnya ketidakpastian material yang mungkin menimbulkan keraguan tentang keupayaan MMAG untuk meneruskan usaha berterusan.
“CORPORATE KITCHEN SINKING”
Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dalam operasi syarikatnya menggunakan Kenny Khow Choon Wah orang kanannya yang pakar dalam “Corporate Kitchen Sinking”. Memandangkan Mafia Korporat telah menghabiskan lebih RM109.16 juta berbanding RM73.83 juta tahun lalu maka untuk menyelamatkan M Jets, sudah pastinya kepakaran Kenny Khow Choon Wah amat diperlukan untuk menyembunyikan pengaliran masuk wang dari sumber- sumber ghaib. “Kitchen Sinking” korporat bukanlah perkara baru. Ia adalah amalan menyatukan semua berita buruk dalam satu masa. Dalam perakaunan, ia adalah kerugian besar-besaran dan melaporkannya dalam satu tempoh. Kemungkinan motif untuk sengaja mengada-adakan lantunan “Kitchen Sinking” termasuk mendapatkan faedah optimum daripada pelan pampasan eksekutif yang dikaitkan dengan penilaian korporat, atau secara licik merancang pelupusan korporat secara buatan. Harga rendah. Kitchen-sinking ialah satu bentuk penipuan yang melibatkan salah nyata material maklumat kewangan.
Apakah sebab Kenny Kho Chuan Wah keluar MMAG menjadi satu misteri. Namun dalam satu kes paling dekat Kenny Khow Chuan Wah terlibat dengan kes beliau memberi rasuah RM5 juta kepada kes Mohamad Madani Sahari bagi pihak Aspire Knowledge Sdn Bhd CEO The Malaysia Automotive Robotics and loT Institute (MARii) yang sedang dibicarakan di mahkamah. Aspire Knowledge Sdn Bhd adalah anak syarikat Hong Seng Consolidated yang mana Kenny Khow Chuan Wah pada ketika itu adalah Pengarah Kewangan di Greenpacket Bhd dan BOD di Hong Seng Consolidated Bhd.
Rayuan Chin Boon Long
Pengarah Eksekutif Kumpulan Victor Chin Boon Long dalam pengumuman di bursa pada hari Rabu menyatakan, MMAG memaklumkan MMAG sedang mengemukakan permohonan pengecualian daripada diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai yang terjejas kepada Bursa Sekuriti kerana syarikat telah mengambil langkah-langkah yang perlu.
Alasannya MMAG telah menyiapkan isu haknya pada Januari, mengumpulkan RM145.34 juta selain telah memperoleh RM92.09 juta melalui penukaran waran sejak Januari.
Susulan kejayaan penyelesaian isu hak dan hasil daripada penukaran waran, aset bersih kumpulan telah meningkat daripada RM170.62 juta kepada RM220.77 juta berdasarkan hasil kewangan tidak diaudit pada 30 Jun 2024,” katanya
Penukaran waran adalah kaedah paling biasa digunakan oleh mafia korporat Victor Chin Boon Long untuk mengumpul wang paling cepat
Suruhanjaya Sekuriti perlu menilai alasan MMAG memandangkan syarikat ini sentiasa dalam kerugian apabila unitnya M Jets International terus memberi punca kerugian kepada kumpulan. Kepakaran mafia korporat ialah Creative Accounting. Halangan terbesar MMAG ialah mereka tidak boleh menipu dan kawtim Tetuan Grant Thornton Malaysia PLT.
Kerjasama dengan pelbagai syarikat yang diumumkan seperti MasKargo, Teleport, ANA dan China Southern Airlines, serta kerjasama dengan Unilode Aviation Solutions tidak banyak membantu MMAG semua ini hanya untuk manipulasi saham dan menunjukkan MMAG keka relevan.
Keluarnya Kenny Kho Chuan Wah dan kemasukan semula Victor Chin Boon Long dalam MMAG menunjukkan betapa seriusnya kehancuran MMAG. MMAG bukanlah satu-satunya syarikat yang dikuasai mafia korporat mengalami kerugian. Hong Seng Consolidated yang dirampas Victor Chin dan isterinya turut mengalami kerugian.
Siasatan dan pendakwaan kepada Datuk Victor Chin sepatutnya diteruskan oleh PDRM, SC dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). SC sepatutnya dapat memerangkap mudah Victor Chin selepas rasmi kembali sebagai Pengarah Eksekutif.
Mengapa Mafia Korporat Victor Chin Boon Long tidak didakwa sekalipun disahkan oleh Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin pada 4 Mac 2023 berhubung penyelewengan syarikat Classita Holdings Berhad) RM30.5 juta kes pecah Amanah bawah seksyen 409 kanun keseksaan. Pejabat Peguam Negara nampaknya tidak beran berbuat apa-apa.
Malah ketika Classita Holdings dirampas sepenuhnya oleh Victor Chin Boon Long dan isterinya melalui Madam Chan Swee Ying, Datuk Dr Awang Adek (Pengerusi lama) dan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar Pengerusi Bursa Malaysia tidak dapat berbuat apa-apa.
Kini Pengerusi SC baharu Dato’ Mohammad Faiz Azmi pun sukar bertindak kerana pegawai yang menguruskan perundangan adalah orang yang sama. Belum masuk lagi gejala rasuah berleluasa di SC untuk menutup kes. Setiap minggu Madam Chan Swee Ying ke pejabat SC untuk menyelamatkan mafia korporat.
BACA LAGI