Varia Berhad (Stella Holdings Bhd) yang baru saja 9 september lalu didedahkan monopoli projek tembatan banjir lebih RM1 bilion menggunakan syarikat ‘cap ayam’ atau tiada wang untuk mendapat projek kemudian menjual projek itu kepada Varia Berhad. Melalui satu surat dan senarai yang tular Projek Tender Pre Kelayakan nama-nama syarikat yang disenaraikan didapati dianugerahkan projek ratusan juta walaupun kelayakan kewangan mereka syarikat yang mencatatkan kerugian.
Misalnya Syarikat Ikatan Harmoni Sdn Bhd dimiliki oleh Farid Leman, Khairina dan Azhar bagi Projek Rancangan Tebatan Sungai Johor Fasa 1 Pakej 1 Di Kota Tinggi Johor – Pembinaan Kolam Takungan Banjir Dan Kerja-kerja Berkaitan bernilai lebih RM570 juta.
Ikatan Harmoni Sdn Bhd menjual semula projek ini kepada tuannya Varia Berhad dengan nilai kontrak RM334.69 juta. Siapa dapat lebih RM230 juta itu?
Begitu juga projek Tebatan Banjir Sg Klang sejak januari 2024.. Syarikat Kator Contruction Sdn Bhd dan Ikatan Harmoni Sdn Bhd dalam senarai pra kelayakan tender terpilih. Akhirnya Kator menang dan Varia Berhad sekali lagi mengumumkan memperoleh projek itu.
Varia Bhd kemudiannya membeli projek itu dengan harga RM95 juta daripada kos projek hampir RM150 juta. Kator dan Ikatan Harmoni antara syarikat yang berulang memberikan SST kepada Varia Bhd menunjukkan semua di belakang tender ini ialah Varia Bhd.
Kontroversi ini boleh dibaca dalam laporan penuh The Corporate Secret.
Semalam 3 Oktober 2024 Varia Berhad mengumumkan pula melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Dato’ Sri Mohd Nizom Sairi sebagai Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif baharu.
Mohd Nizom, 61, menggantikan Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin, yang berundur pada 14 Januari tahun lalu berikutan beberapa siri peletakan jawatan lembaga pengarah, untuk meneruskan kepentingan lain.
Apa motif Varia Bhd? Apakah kerana didedahkan semua skandal Varia Bhd maka mereka terpaksa melantik Dato’ Sri Mohd Nizom Sairi yang mengetahui selok belok dalam percukaian, lari cukai, mark up projek, dan transfer pricing?
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia 3 Oktober syarikat pembinaan itu berkata Mohd Nizom memulakan kerjayanya dengan LHDN selepas menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Laurentian, Kanada, pada 1985.
Beliau seterusnya berkhidmat dengan agensi percukaian negara itu selama 38 tahun, termasuk sebagai Pengarah Jabatan Penyiasatan, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Timbalan CEO (Pengurusan), Timbalan CEO (Operasi Cukai), dan akhirnya sebagai CEO dan Ketua Pengarah.
Beliau bersara pada Disember 2023. Mohd Nizom kini juga berkhidmat dalam lembaga pengarah sebuah lagi syarikat pembinaan senaraian awam, Jati Tinggi Group Bhd.
Apakah hubungan syarikat senarai awam ini dengan bekas -bekas pegawai awam atau ketua GLC? apakah ketika dalam tugasnya semua syarikat ini membayar cukai dengan betul atau pernah membuat rayuan tidak membayar cukai. Semua ini mengundang kemusykilan apatah agi selepas ini mereka melantik bekas penjawat awam sebagai Pengarah Eksekutif Varia Bhd.