Sembilan daripada sepuluh projek Tebatan Banjir Keutamaan Tinggi (TBBT) di Negeri Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.45 bilion telah mula dilaksanakan manakala satu projek berada di fasa pra pelaksanaan.
Antara projek yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu ialah RTB Sungai Johor Fasa 1 Pakej 1, Kota Tinggi, RTB Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 dan Pakej 2 di Segamat, RTB Bandar Batu Pahat, RTB Lembangan Sungai Kesang, Tangkak dan RTB Sungai Pemandi, Kota Tinggi.
Pada 13 Jun 2024, YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof telah menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Bacaan Ikrar Surat Akujanji kepada empat (4) kontraktor yang melaksanakan projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Pembentungan.
Ikatan Harmoni Sdn Bhd- Syarikat bermasalah dan kekurangan dana
Satu daripada syarikat menerima SST itu ialah Ikatan Harmoni Sdn Bhd dimiliki oleh Farid Leman, Khairina dan Azhar bagi Projek Rancangan Tebatan Sungai Johor Fasa 1 Pakej 1 Di Kota Tinggi Johor – Pembinaan Kolam Takungan Banjir Dan Kerja-kerja Berkaitan bernilai lebih RM570 juta.
Syarikat Ikatan Harmoni Sdn Bhd merupakan syarikat bermasalah dalam Projek Cadangan Menggantikan Jambatan Sungai Plentong di Jalan Masai Lama yang dianugerah 2016 sepatutnya siap Ogos 2018 namun hanya berjaya disiapkan pada jun 2020.
Dalam satu senarai syarikat yang tular Projek Secara Pra Kelayakan Tender Terpilih (Reka dan Bina) tahun 2023 Syarikat Ikatan Harmoni Sdn Bhd disenaraikan dalam beberapa tajuk projek RTB di beberapa negeri tahun lalu.
Semakan menunjukkan Ikatan Harmoni bukan saja bermasalah melaksana kerja tetapi syarikat tidak lah mempunyai sumber kewangan untuk melaksana projek ratusan juta. Revenue hanya RM7.3 juta tetapi dapat kontrak lebih RM500 juta.
Apa jadi kepada teknikal tender projek ini?
Apakah ini satu trend lantik syarikat bermasalah, ‘cap ayam’ kemudian jual kepada syarikat senarai awam seperti Varia Berhad?
Atau apakah ini semua permainan Varia Berhad pilih syarikat tiada wang kemudian menang tender dan dia akan laksana projek.
Ikatan Harmoni Sdn Bhd jual projek kepada Pembinaan Teguh Sdn Bhd anak syarikat Varia Berhad
Varia Berhad (sebelum ini Stella Berhad) dikuasai dua beradik Datuk Lau Beng Wei dan Datuk Lau Beng Sin menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pembinaan Teguh Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Ikatan Harmoni Sdn Bhd untuk Fasa 1, Pakej 1 projek tebatan banjir Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor dengan nilai kontrak RM334.69 juta.
Menurut Varia, projek itu akan bermula pada 23 Julai 2024, selama 60 bulan sehingga siap pada 22 Julai 2029.
Begitu juga projek Tebatan Banjir Sg Klang sejak januari 2024.. Syarikat Kator Contruction Sdn Bhd dan Ikatan Harmoni Sdn Bhd dalam senarai pra kelayakan tender terpilih. Akhirnya Kator menang dan Varia Berhad sekali lagi mengumumkan memperoleh projek itu.
Persoalan besar bagaimana sebuah syarikat cap ayam Kator Contruction Sdn Bhd tiada revenue dan rugi hampir RM400 ribu boleh mendapat projek bernilai hampir RM600 juta itu?
Pada 27 Ogos 2024 Varia Berhad mengumumkan mendapat sub projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 di Daerah Segamat, Johor – Menaiktaraf Sungai Muar di antara pertemuan Sungai Jementah sehingga pertemuan Sungai Labis serta Kerja-Kerja Berkaitan daripada Kator Contruction Sdn Bhd bernilai RM410.3 juta!
Seperti biasa syarikat yang rugi dan tiada revenue diberi projek ratusan juta.
23 Julai 2024 mengumumkan mendapat sub “Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Serantau di Mak Mandin dan Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan Dalam Kawasan Tadahan Butterworth North, Pulau Pinang (Reka Dan Bina)” bernilai RM555,000,000.00 daripada sebuah lagi syarikat cap ayam Best Metro Builder Sdn Bhd. Best Metro mendapat kontrak kerajaan bernilai RM650 juta.
Dilaporkan revenue empat tahun syarikat ini baharu RM1.3 juta, sebuah syarikat yang rugi tetapi boleh mendapat projek RM650 juta.
Daripada semua ini sangat jelas di belakang semua syarikat ‘cap ayam’ yang mendapat projek tebatan banjir dan loji kumbahan ialah Varia Berhad dimiliki Datuk Lau Beng Wei dan Datuk Lau Beng Sin. Apakah kabel mereka kuat sehingga memonopoli projek?
Ini satu skandal dan monopoli serta mengawal pegawai kementerian. SPRM dan Suruhanjaya Persaingan wajar menyiasat syarikat ‘cap ayam’ tiada wang boleh dapat ratusan juta dan selepas tu dijual kepada Varia Berhad.