Seorang bekas pekerja Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) mendakwa tidak pernah menerima gaji sepanjang tempoh 10 tahun bekerja dengan syarikat itu.
Laporan media dan juga media sosial yang tular butiran kes mahkamah bekas pekerja itu mendedahkan terdapat satu sistem digunakan syarikat bagi membayar beliau antara RM50 dan RM100 seminggu.
“Itu yang saya ingatlah waktu itu, sampai 2013 macam tu. Lepas itu 2014, saya sudah mula bekerja sepenuh masa, tiada gaji.
“Maknanya, ia cuma beri makan minum dan tempat tinggal,” kata bekas pekerja itu.
Beliau mendakwa, terdapat pekerja lain yang juga senasib dengannya.
Beliau kemudian berhenti kerja dan membawa kesnya ke Mahkamah Buruh.
Pada 8 September lalu, mahkamah memerintahkan GISBH membayar RM23,100 kepada beliau sebagai sebahagian daripada tuntutan kes. Dokumen kes mahkamah menunjukkan GISB Holdings Sdn Bhd bermain isu teknikal berhubung bayaran gaji sehingga seseorang yang menuntut bayaran tidak akan mendapat tuntutan penuh jika di bawah ke mahkamah.
GISBH ketika ini berdepan pelbagai dakwaan berhubung eksploitasi dan penderaan kanak-kanak.
Dalam Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi Rabu lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.
Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut menahan 171 individu terdiri daripada kakitangan, pengurus dan ustaz di rumah amal berkenaan.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
GISB Holdings Sdn Bhd umum rugi
GISB Holdings Sdn Bhd menunjukkan kejayaan syarikat mereka dalam dan luar negara. Bagaimanapun agak musykil syarikat induknya GISB Holdings Sdn Bhd itu mengumumkan tidak punya hasil tahunan dan rugi RM137 ribu. Apakah GISB Holdings yang berniaga global seluruh dunia menipu untung rugi syarikat ini?
LHDN wajar menyiasat GISB Holdings Sdn Bhd. Sangat meragukan sehingga gaji pekerja pun tak bayar.