Laporan TheCorporateSecret Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar telah menjelaskan segalanya mengenai kumpulan Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long.
Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin dan jabatan siasatan jenayah komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM ) mengesahkan mengenai Mafia Korporat dan sedang menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan wang berjumlah lebih kurang RM30.7 juta (Laporan Caely RM30.3 juta) dalam satu syarikat dikaitkan Victor Chin Boon Long iaitu Syarikat Caely Holdings Berhad (Classita) di bawah seksyen 409 kanun keseksaan, iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh ejen.
The Corporate telah mendedahkan fail sulit Victor Chin Boon Long dan Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men. Ini termasuk bagaimana Victor Chin Boon Long dan Isterinya Chan Swee Ying merampas Caely Holding Berhad.
BACA – Mafia Korporat Victor Chin & Isteri ra-mpas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?
Semua syarikat Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dilindungi oleh dalang penguatkuasa dipelbagai peringkat dari PDRM, SPRM, Bursa Malaysia, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti hinggalah mahkamah.
Terbaru pendedahan The CorporateSecret mengenai dalang Mafia Korporat di SPRM iaitu Datuk Kang Sai Pengarah Operasi Khas SPRM, Wong Yun Fui (Bahagian Siasatan) dan DPP SPRM Law Chin How.
BACA- Dalang Mafia Korporat dalam SPRM, Tan Kang Sai & Wong didedah
Kes penyelewengan Caely Holdings Berhad telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk pendakwaan namun setakat ini belum apa-apa tanda daripada daripada Pejabat Peguam Negara menyegerakan pendakwaan. Sejak Dato’ Haji Nik Suhaimi Nik Sulaiman Pejabat sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan Peguam Negara hinggalah kini Manoj Kurup dilantik Ketua bahagian perbicaraan dan rayuan Jabatan Peguam Negara yang baharu nampaknya masih lembap. Kemungkinan Chong Loong Men berunding dengan pejabat Peguam Negara tetap ada.
BUKTI PENYELEWENGAN CAELY HOLDINGS BERHAD OLEH MAFIA KORPORAT MENGAPA TIDAK DIDAKWA?
Jika pendakwaan masih lambat kerana kabel besar Mafia Korporat mengawal semua pihak maka dalam pendedahan The CorporateSecret kali ini ialah pendedahan semua fail penyelewengan di Caely Holdings Berhad untuk penilaian dan penghakiman rakyat.
KRONOLOGI KES CAELY & PENYELEWENGAN RM30.3 JUTA
Datin Fong Nyok Yoon, pengasas, bekas Pengerusi Eksekutif Caely (“Datin Fong”) dan Dato’ Chuah Chin Lai, bekas Pengarah Urusan Caely (“Dato’ Chuah”) telah bekerjasama dengan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long (“VC”), dan mereka telah menggunakan rangkaian kuat mereka dengan SPRM untuk membekukan semua akaun bank dalam Caely. Pembekuan akaun selama 8 bulan!
Ketika itu, Caely dipimpin oleh Dato’ Wira Ng Chun Hau, Pengerusi Eksekutif (“Dato’ Wira Ng”). Pergaduhan Dato’ Wira Ng dengan Datin Fong Nyok Yoon dan Dato’ Chuah Chin Lai telah mendedahkan banyak penyelewengan.
Pasukan audit forensik yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Caely, di bawah pimpinan Dato’ Wira Ng Chun Hau, telah menemukan transaksi mencurigakan yang dilakukan oleh Datin Fong dan Dato Chuah dimana mereka telah menyalahgunakan jutaan ringgit dari dana Caely pada masa lalu.
Ringkasan penyelewengan dana itu seperti berikut;
MONEY TRAIL PENYELEWENGAN RM30.3 JUTA CAELY/CLASSITA HOLDINGS BERHAD
Datin Fong Nyok Yoon dan Dato’ Chuah Chin Lai menyalurkan dana kepada ahli keluarganya. Malah bekas pemandu pun dan beberapa orang Melayu menerima wang belasan juta.
LAPORAN FORENSIK PENUH KES CAELY HOLDINGS BERHAD BOLEH DI BACA DALAM FAIL SULIT INI. PART 1- 7
FORENSIK PART 1
FORENSIK PART 2
FORENSIK PART 3
FORENSIK PART 4
FORENSIK PART 5
FORENSIK PART 6
FORENSIK PART 7
Sekalipun terdapat kesukaran dihadapi oleh juruaudit forensik dalam mengambil semula dokumen yang berkaitan namun siasatan itu jelas berlaku penyelewengan dalam Caely Holdings Berhad. Lembaga Pengarah ketika itu dan Mafia Korporat yang mahu menutup kes ini wajar di bawa ke pengadilan.
Dato Sri Goh Choon Kim (“DS Goh”), iaitu teman sekolah dan sahabat Datin Fong yang juga pemegang saham utama tunggal (21%) Caely ketika itu, yang akaun banknya berjumlah sekitar RM20 juta telah dibekukan oleh SPRM, telah didekati oleh Datin Fong untuk bekerjasama dengan mereka di Caely.
Sebagai balasan, dia akan mendapat bantuan dari Mafia Korporat untuk mendapatkan semula akaun banknya yang telah dibekukan oleh SPRM. Diketahui bahawa akaun bank Dato Sri Goh Choon Kim kemudiannya telah diaktifkan semula selepas beliau bersetuju untuk menyertai Caely. Dan ini menjadikan mereka menjadi satu Pakatan kolektif yang menguasai tidak kurang daripada 50% saham dalam Caely oleh kumpulan sekutu penggerak pasaran saham, bekas eksekutif, dan pemegang saham utama. Selepas 10 November 2022 dapat dilihat Dato Sri Goh Choon Kim memberikan sahamnya kepada Chan Swee Ying isteri Victor Chin menjadikan Chan Swee Ying pemegang terbesar dalam Caely Holdings Berhad. Rujuk Rajah 1 di atas
Tiga rakan kongsi Mafia Korporat, Victor Chong iaitu Leong Seng Wui, Vahalla Capital Sdn Bhd (anak syarikat Harvest Miracle Capital Berhad, di mana isteri Beliau adalah Pengarah Eksekutif dan pemegang saham utama yang besar) dan Kok Kwang Lim telah menghantar permintaan satu notis EGM kepada Caely pada Februari 2022 untuk mengeluarkan semua pengarah dalam Lembaga yang dipimpin oleh Dato’ Wira Ng dan melantik 4 pengarah baru yang dinamakan oleh mereka.
EGM itu dicemari dengan penipuan di mana Kok Kwang Lim menggunakan nombor kad pengenalan palsu dalam dokumen mereka. Nombor kad pengenalan palsu yang sama telah digunakan dalam banyak kes termasuk dokumen yang dibentangkan ke mahkamah.
Pada masa yang sama juga, Lembaga Pengarah yang dipimpin oleh Dato’ Wira Ng telah memfailkan satu injunksi ke mahkamah terhadap permintaan EGM bertarikh Februari 2022. Mahkamah kemudiannya telah menetapkan 15 July 2022 ( OS 171) pendengaran kes itu.
Setelah Dato’ Wira Ng meletakkan jawatannya pada 13 Mei 2022 dengan penuh kontroversi. Lembaga Pengarah di bawah pimpinan Dato’ Mike Loh Ming Choon (“Dato’ Mike”) telah membuat laporan polis di Ipoh terhadap Datin Fong, Dato’ Chuah, Leong Seng Wui, VC, Chong Loong Men, Dato Sri Goh Choon Kim, dan 6 orang lain untuk kesalahan pecah amanah, penggunaan dana sebanyak RM30.3 juta, kawalan saham yang tidak sewajarnya secara bersama-sama dan konspirasi.
Kes itu kemudianya dipindahkan ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut
GANGGU OPERASI HARIAN
Dengan niat untuk mengganggu operasi Syarikat, Dato’ Chuah membuat laporan lain kepada Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ).
Rakan kongsi Mafia Korporat sekali lagi mengemukakan permintaan EGM pada 15 Mei 2022 kepada Lembaga Pengarah yang baru di bawah pimpinan Dato’ Mike Loh oleh 3 requisitions yang sama untuk mengeluarkan semua pengarah di Lembaga dan melantik 4 pengarah baru yang dinamakan oleh mereka. EGM diadakan pada 15 Jun 2022.
Walaubagaimanapun EGM yang telah diadakan pada 15 Jun 2022 ditangguhkan oleh Pengerusi mesyuarat Dato’ Mike dengan menyatakan bahawa prosiding EGM akan menjadi satu bentuk penghinaan kepada mahkamah kerana pendengaran injunksi mahkamah berkenaan kes itu ( OS 171) hanya didengar pada 15 Julai 2022.
Walau bagaimanapun, requisitionists dan ahli mesyuarat lain yang dipimpin oleh Leong Seng Wui tetap meneruskan EGM dan meluluskan semua agenda kecuali satu agenda di mana resolusi untuk menyingkirkan Datin Fong tidak diluluskan.
Pada 20 Jun 2022, Datin Fong, equisitionists EGM dan beberapa ahli menyuarat lain telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Lembaga Caely yang dipimpin oleh Dato’ Mike untuk mencabar keabsahan EGM yang diadakan pada 15 Jun 2022 (“OS 732”).
Dan keesokan harinya pula, iaitu 21 Jun 2022, mahkamah telah memutuskan bahawa Lembaga yang dipimpin oleh Dato’ Mike harus kekal manakala pada Pada 26 Ogos 2022, mahkamah membenarkan OS 171 dan OS 732 untuk didengar di mahkamah yang sama pada 29 Ogos 2022, yang dirujuk secara kolektif sebagai OS 732.
Pada 26 Ogos 2022 , Ahli Lembaga Caely yang dipimpin oleh Dato’ Mike pula mengambil tindakan terhadap Datin Fong, Dato’ Alan, VC, Leong Seng Wui, DS Goh, Chong Loong Men dan 5 orang lain atas penyelewengan dana dan percubaan konspirasi yang melibatkan RM30.3 juta (No. Kes: AA-22 NCVC-66-08/2022).
Dan ketika itu juga, Mafia Korporat telah membuat satu ugutan bahawa Lembaga yang sedia ada tidak dapat berlawan dengan mereka kerana mereka mempunyai semua rangkaian dan pengaruh baik di kalangan Mafia Korporat maupun pihak berkuasa.
Dan akhirnya pada 29 Ogos 2022, Kumpulan yang dipimpin oleh Dato Mike telah tewas di dalam mahkamah. Hakim telah memutuskan bahawa penangguhan EGM pada 15 Jun 2022 tidak sah dan semua hasil EGM sah.
Hujah mengenai penghinaan mahkamah untuk prosiding EGM oleh requisitionists dan ahli Mesyuarat pada 15 Jun 2022 tidak didengar oleh hakim. Hakim hanya membuat keputusan berdasarkan point pertama yang berkaitan dengan status pemegang saham Caely.
Malah kelemahan tindakan dari peguam yang mewakili kumpulan Dato Mike untuk tidak mengambil tindakan segera untuk membetulkan masalah pada tempatnya dan kesilapan teknikal undang-undang yang berlaku kemudiannya telah menimbulkan keraguan bahawa peguam yang mewakili mereka juga telah “dibeli” oleh kumpulan Mafia Korporat.
PENYIASATAN PIHAK POLIS
Selepas Keputusan Mahkamah, Datin Fong, Dato’ Chuah dan ahli lembaga pengarah baru yang dipimpin oleh Leong Seng Wui dan Ng Keok Chai, cuba memusnahkan dokumen bukti dengan serta-merta selepas mereka mengambil alih Lembaga Pengarah Caely pada 29 Ogos 2022.
Hasil siasatan dan interogasi yang dijalankan oleh Pegawai polis Bukit Aman berkaitan tuduhan melanggar amanah dan penggelapan dana dari saksi-saksi beribawa menemui banyak bukti perbuatan melanggar amanah dan penggelapan dana yang dilakukan oleh Datin Fong dan Dato’ Chuah.
Pegawai polis juga menemui percubaan Leong Seng Wui, Datin Fong dan Dato Chuah untuk memusnahkan dokumen bukti yang berkaitan dengan penggelapan dana ketika meneliti rekod CCTV
Rekod CCTV merekodkan aksi Leong Seng Wui yang membawa keluar beberapa kotak dokumen dari pejabat Caely yang kemudiannya dikembalikan setelah pegawai polis penyiasat meminta untuk melihatnya semasa proses penyiasatan mereka.
Rakaman CCTV tersebut kemudiannya ditunjukkan kepada Datin Sri Wong Siaw Puie, salah seorang ahli Lembaga yang dipimpin oleh Dato’ Mike.
MAFIA KORPORAT GANGGU PENYIASATAN POLIS MELALUI NG KEOK CHAI
Selepas penyiasatan dan interrogation yang dilakukan oleh Polis, terdapat bukti jelas salah laku yang telah dilakukan oleh Leong Seng Wui dan Ang Pei Gaik ( Nominee Dato Sri Go semasa EGM) dan Polis sepatutnya mendakwa mereka di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan.
Walau bagaimanapun, melalui rangkaian khas mereka, terutamanya melalui Ng Keok Chai, mereka telah mencuba menangguhkan kes ini, malah meminta kes mereka diklasifikasikan sebagai “No Further Action” (NFA).
TheCorporateSecret juga mendapat maklumat bahawa Peguam Negara telah meminta laporan penyiasatan itu dan mengambil tindakan lanjut menuduh, tetapi laporan penyiasatan kemudiannya ditahan oleh SG1.
Usaha sedang dibuat oleh Leong Seng Wui melalui surat wakilannya untuk menuntut keadilannya dan bahawa dia diperlakukan secara tidak adil dan salah difahami oleh pegawai polis penyiasat.
Sasaran mereka adalah untuk meminta kes mereka diklasifikasikan sebagai “No Further Action” (NFA).
Malah Kumpulan Mafia itu pula melantik 3 lagi pegawai polis yang bersara ke dalam Lembaga Pengarah Caely, dan menjadikan jumlah pegawai polis dalam Lembaga Pengarah itu ialah 4 orang, termasuk Ng Keok Chai sendiri.
Ini adalah satu cara yang menjadi taktik Mafia Korporat untuk menggunakan pengaruh dia agar tidak berlaku pendakwaan kepada beliau, dan ini sudah tentu bencana kepada pesara Polis yang dilantik itu kerana mereka mungkin tidak tahu niat sebenar Mafia Korporat melantik mereka ke dalam Lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Dan kesannya Sehingga kini, Datin Fong dan Dato Chuah masih belum dikenakan tuduhan walaupun terdapat bukti dan saksi yang jelas tentang perbuatan pelanggaran kepercayaan mereka di Caely. Sekali lagi, rangkaian kuat kumpulan orang dalam ini di SC, Jabatan Polis, SPRM, dan AG telah membantu melambatkan proses undang-undang.
TAKTIK KUMPULAN MAFIA KORPORAT
Victor Chin dan rakan-rakannya adalah sindiket pasaran saham yang terkenal dan bukanlah ahli perniagaan yang ikhlas yang telah mengawal banyak syarikat tersenarai awam, menerbitkan berita perniagaan yang menarik tetapi tidak berjaya pada akhirnya
Mereka melakukan perjanjian perniagaan yang tidak adil untuk menyedut keluar wang tunai dari Syarikat untuk kegunaan peribadi. Mereka juga banyak memanipulasi harga pasaran saham serta melakukan transaksi yang akhirnya menyebabkan banyak pelabur kehilangan modal dan duit pelaburan mereka.
Kesemua syarikat yang dikuasai mereka menunjukkan satu trend yang sering dilakukan mereka untuk mengaburi mata pelabur-pelabur yang diantaranya :-
• menukar nama syarikat secara kerap supaya orang ramai akan melupakan nama buruk syarikat yang sama di masa lalu selepas beberapa pusingan aktiviti manipulasi pasaran
• syarikat yang mengalami kerugian
• membesarkan asas saham melalui pelbagai latihan korporat seperti penawaran hak, penempatan swasta, dan ESOS dengan tujuan menurunkan kos purata saham dan mencairkan pegangan saham pemegang saham lain.
Dan perkara-perkara ini sangat jelas dilakukan oleh Lembaga Caely yang sedia ada yang dikawal oleh Leong Seng Wui, Ng Keok Chai dan 5 orang lain jelas bertindak dalam usaha mereka untuk “menyelamatkan” orang-orang mereka, sebagai contoh:
Pada 08.11.2022, mereka mengumumkan untuk menghentikan tuntutan terhadap Datin Fong, Dato Chuah, Leong Seng Wui, Chong Loong Men, Chin Boon Long, Dato Sri Goh Choon Kim dan 6 lainnya (Kes No .: AA-22 NCVC-66-08/2022)
Di mana sebelum itu pada 19 Oktober 2022, Lembaga Pengarah telah memfailkan tuntutan terhadap Datin Fong dan Dato Chuah bersama-sama dengan 10 bekas pengarah, CEO/CFO untuk isu RM30.3 juta yang sama. Dan Ini merupakan percubaan yang jelas oleh Lembaga Pengarah yang dikawal oleh rakan kongsi Viktor Chin Boon Long untuk menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk mencari kambing hitam bagi rakan sepakat mereka.
Pada 08.11.2022 juga mereka mengumumkan untuk menarik balik rayuan oleh bekas ahli Lembaga Pengarah berkenaan keabsahan EGM yang diadakan pada 15 Jun 2022.
Pada 01.11.2022, diumumkan bahawa Caely akan memasuki Perjanjian Jualan Saham (“SSA”) untuk memperoleh 3.4% saham dalam Kepayang Heights Sdn Bhd (“KHSB”) daripada Harvest Miracle Capital Berhad (“HMCB”) dengan bayaran RM17 juta sedangkan jumlah nilai aset bersih KHSB hanya RM2.34 juta pada 30 September 2022.
HMCB adalah syarikat tersenarai awam yang dikawal oleh isteri Victor Chin, Chan Swee Ying yang juga merupakan pemegang saham utama HMCB. Dalam erti kata lain KHSB dijual kepada syarikat Caely yang juga pemegang saham terbesarnya Madam Chan Swee Ying. Tujuannya satu, Cash Cow duit Caely kepada projek yang dikatakan rugi sebelum ini. Keputusan transaksi oleh Lembaga Pengarah Caely yang diumumkan itu sangat meragukan dan menunjukkan warna sebenar mereka sebagai Sindiket Mafia Korporat.
Sedangkan pada masa yang sama, Caely mempunyai projek pembangunan yang tertangguh dan mempunyai hartanah yang terletak di Tapah Road, Perak dan Ulu Kelang, Kuala Lumpur. Mengapa Lembaga Pengarah tidak memberi tumpuan, perhatian dan sumber untuk membangunkan tanah-tanah yang ada dan menyelesaikan projek yang masih belum selesai?
PENUTUP
Untuk menjaga kepentingan umum pelabur, mengekalkan kesihatan pasaran kewangan Malaysia dan sebelum keyakinan pelabur, tempatan dan asing, tergugat oleh kumpulan Mafia Korporat ini, tindakan segera harus diambil yang diantaranya
• Menyelamatkan Caely dan syarikat lain seperti Revenue Group Berhad daripada menjadi mangsa dan dihancurkan oleh mereka
• Melindungi hak dan kepentingan pemegang saham minoriti Caely dan pihak-pihak berkepentingan lainnya
• Memulakan siasatan terhadap mereka dengan segera agar ianya dijadikan amaran kepada orang awam.
• Menangguhkan semua hak undian saham dan hak transaksi sindiket sementara siasatan berjalan
• Halang kumpulan sindiket ini dan semua rakan mereka daripada bertindak sebagai pengarah bagi semua syarikat tersenarai awam.
• Mewujudkan satu badan pemerhati dari bekas ahli Lembaga untuk melakukan pemantauan kepada mereka sehingga selesainya siasatan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dan semua kes undang-undang yang belum selesai diatasi.
DAKWA VICTOR CHIN BOON LONG MAFIA KORPORAT BAWAH POCA & SOSMA
Paling penting segera mendakwa Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long, Chong Loong Men, Leong Seng Wui, Chan Swee Ying dan Ng Keok Chai dengan dakwaan lebih keras misalnya bawah AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (POCA) khusus membendung kegiatan jenayah, aktiviti kongsi gelap dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Tindakan Mafia Korporat menggugut pengasas syarikat yang dirampas menggunakan penguatkuasa jelas tindakan kongsi gelap yang keterlaluan. Kononnya mereka boleh melepaskan kes SPRM dengan syarat letak jawatan dalam syarikat, jual saham dan mengaku bersalah. Revenue Group membuktikan elemen ugutan ini.
Atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai langkah-langkah khas berhubungkan dengan kesalahan keselamatan. Rampasan Mafia terhadap syarikat Malaysia boleh menjejaskan ekonomi negara apatah lagi jika mereka didalangi oleh penguatkuasa seperti SPRM.
Apa yang Manoj Kurup Ketua bahagian perbicaraan dan rayuan Jabatan Peguam Negara yang baharu tunggu lagi? Kertas pendakwaan telah dihantar kepada pejabat Peguam Negara. Paling tidak mendakwa terlebih dahulu kes penyelewengan Caely Holdings Berhad!
1 thought on “Fail Forensik seleweng RM30.3 juta Caely Holding didedah, Mengapa Ketua Pendakwaan AG belum dakwa Mafia Korporat Victor Chin Boon Long?”